Wednesday, May 11, 2011

Tentang waktu tempahan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua

Apa khabar semua? CL harap semuanya dalam keadaan sihat2 belaka. CL minta maaf sangat2 sebab dah lama tak upload post baru dan tak berkesempatan nak post gmbr2 coklat yang anda semua dah order. InsyaAllah CL akan upload jugak dalam masa terdekat.

Post kali ni CL cuma nak beritahu dgn lebih teliti mengenai tempoh tempahan. Seperti yang anda semua tahu, waktu tempahan adalah seminggu awal. Di sini CL nak jelaskan tentang seminggu awal tu. Seminggu awal tu merangkumi hari Isnin sehingga Jumaat sahaja utk order yg hendak dihantar pada minggu hadapannya. Tempohnya begitu sebab CL akan memulakan proses membuat order anda semua pada hari Sabtu dan Ahad.

Jadi, kalau anda semua order pada hari Sabtu atau Ahad utk dihantar pada minggu depannya, CL tak sempat nak siapkan order anda nnt. Jika ada sebarang perubahan pun, minta kerjasama utk lakukannya sebelum hari Sabtu ye.

CL harap dgn penjelasan ini akan memudahkan lagi proses order anda semua. Itu sahaja daripada CL kali ini. Semoga anda semua jelas dan kalau ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan untuk emelkannya kepada CL ya!

Sekali lagi CL minta maaf kerana tidak berkesempatan lagi utk mengupload gambar2 coklat yang anda semua dah order.

Thanks for being our customer and follower! Jaga diri baik2.