Yes, saya tau sangaaaaat lama tak update blog ni. Sangaaaaaat berhabuk blog ni. Kulat pun dah bosan nak hinggap blog ni. Hehe
Selamat menyambut Aidiladha semua. Semoga pengorbanan yang kita lakukan hanya kerana Allah Ta'ala ye.
Kalau boleh, saya nak dapatkan kata ramai tentang pembungkusan terbaru coklat praline Chocolazad. Sekarang ni saya menjualnya dalam ziploc bag dan jual di kolej 12, UPM. (Sesiapa yg duduk di kolej 12 atau duduk.berdekatan dgn kolej tu bolehlah dapatkan ia ye. Hehe). Saya nak jualnya melalui online pula. Soalan saya (jeng jeng jeng (lah sangat!)), sesuaikah saya menjualnya dalam ziploc bag itu juga, atau jualnya dalam mason jar? Jika dalam mason jar, adakah yang kaca atau plastik?
Ini hanya demi keselesaan pelanggan pelanggan CL yang saya pasti mahukan kepuasan dlm rasa coklat dan juga pembungkusannya....betul kan? Hehe
Maka dgn ini, sudi sudikanlah berikan jawapan atau komen atau pendapat atau kritikan (membina lah ye hewhew) atau apa jua di ruangan komen entri ini.
Maklumbalas anda amaaaaaaaat saya hargai!
Muchos gracias Chocolazadians!
Wassalam