Friday, March 2, 2012

Bertukar! (^____^)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kawan2...

Ada berita baru..hehe...box of 24 telah bertukar kepada box of 25 seperti dlm gambar di bawah ni..
jangan risau, harga still sama...hehe...

























Lebih mudah untuk anda designkan coklat anda kan kan kan....he he he...jadi, sudi-sudilah order dgn kami untuk apa sahaja event atau suka-suka :)


Semoga hari anda ceria-ceria selalu!

Thursday, December 29, 2011

Tahun Baru 2012!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua chocolazadian...wau, lama betul kami "tutup kilang" gara2 tauke Chocolazad dapat baby..ehehe...

jadi, sukanya kami mengisytiharkan "pembukaan semula kilang" kami berkuatkuasa 3 Januari 2012...yup, in 2012 we're back in business! woohoo..(oh, terover pulak!)

jadi, kepada sesiapa yang nak menempah coklat kami bolehlah mula menempah pada 3 januari 2012 ye! apa2 event pun bole tempah..takde event saja2 suka2 nak mkn coklat dah lama tak mkn pun bole tempah..mari mari mari!

have a great year ahead dear all! (^_________^)

Friday, October 7, 2011

Tutup Kedai Kejap ek...

assalammualaikum dan salam sejahtera semua chocolazadian...nak bagitau ni...minggu ni adalah minggu terakhir order dan minggu depan adalah minggu terakhir penghantaran coklat. bermula 8 oktober 2011 (sabtu), kami akan "tutup kilang" coklat sementara waktu sehingga tarikh yang akan diumumkan di kemudian hari..

penutupan sementara ini adalah kerana tauke Chocolazad akan menimang cahayamata tak lama lagi..

kami meminta maaf di atas kesulitan ini ye....have a nice day!



:)



Wednesday, June 15, 2011

Alamat Email Baru

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Entry kali ni just nak inform yg kami dah memulakan page di facebook.kawan2 boleh search di fb guna keyword 'CHOCOLAZAD'. sure jumpa...he he..mari like ramai2 page ni ye.huhu

Satu lg,email kami dah ditukar kpd 'chocolazad@gmail.com' utk lebih efektif dan efisyen :)

Jadi,sudi2lah order dgn kami dan email details order anda!

enjoy your day!

Wednesday, May 11, 2011

Tentang waktu tempahan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua

Apa khabar semua? CL harap semuanya dalam keadaan sihat2 belaka. CL minta maaf sangat2 sebab dah lama tak upload post baru dan tak berkesempatan nak post gmbr2 coklat yang anda semua dah order. InsyaAllah CL akan upload jugak dalam masa terdekat.

Post kali ni CL cuma nak beritahu dgn lebih teliti mengenai tempoh tempahan. Seperti yang anda semua tahu, waktu tempahan adalah seminggu awal. Di sini CL nak jelaskan tentang seminggu awal tu. Seminggu awal tu merangkumi hari Isnin sehingga Jumaat sahaja utk order yg hendak dihantar pada minggu hadapannya. Tempohnya begitu sebab CL akan memulakan proses membuat order anda semua pada hari Sabtu dan Ahad.

Jadi, kalau anda semua order pada hari Sabtu atau Ahad utk dihantar pada minggu depannya, CL tak sempat nak siapkan order anda nnt. Jika ada sebarang perubahan pun, minta kerjasama utk lakukannya sebelum hari Sabtu ye.

CL harap dgn penjelasan ini akan memudahkan lagi proses order anda semua. Itu sahaja daripada CL kali ini. Semoga anda semua jelas dan kalau ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan untuk emelkannya kepada CL ya!

Sekali lagi CL minta maaf kerana tidak berkesempatan lagi utk mengupload gambar2 coklat yang anda semua dah order.

Thanks for being our customer and follower! Jaga diri baik2.