Thursday, February 24, 2011

From sketches to Chocolazad!


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Apa khabar? CL harap semuanya sihat2 belaka. Ok untuk entry kali ni, CL nk tunjukkan antara sketches2 creative daripada pelanggan2 CL describe kan order diorang. Memang creative dan terbaik. Layankan aje gambar2 sketches diorang ni ye dan output yang terhasil daripadanya iaitu Chocolazad! 




Kreatif kan diorang. Tapi jangan risau. Sapa2 yang nak menempah tu takyah risau ok. Tak perlu la anda nak kena wat sketches yang macam ni kalau nk menempah dengan CL. Cukup lah sekadar yang macam kat bawah ni, asal CL paham apa yang anda mahukan pun dah cukup.



Terima kasih semua! Jaga diri baik2.

Wednesday, February 16, 2011

Box of 12 Compilation

Salam 1Malaysia semua,

Dah lama CL tak buat kompilasi coklat yang dah ditempah dan selamat diterima oleh anda di sini kan. Ok, kali ini ialah kompilasi box of 12 yang hangat juga di pasaran. Untuk lihat dengan lebih jelas dan besar, klik kat gambar ya.

Lepas ni pulak CL nak buat entry khas pasal penghantaran coklat2 ni.

Ok semua, stay tune dan terima kasih pada yang dah menempah. Pada yang belum, sudi-sudikan lah ya.

Thanks!

P/S: Mehlah baca kat sini Why Chocolate Makes You Happy :)

Friday, February 11, 2011

Oreo Edible Cartoon

Salam semua, kali ni CL nk perkenalkan satu lagi produk dari Chocolazad iaitu Oreo Edible Cartoon. Bukan sahaja ada Upin dan Ipin, ada juga Mickey and Minnie Mouse, Ben10, Disney's Princesses, Thomas and Friends, Winnie the Pooh dan banyak lagi kartun2 lain yang memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Harganya ialah hanya RM20 untuk 9 biji yang akan dibungkus seperti dalam gambar di atas. Sesuai untuk hadiah harijadi kanak-kanak atau doorgift majlis harijadi, cukur jambul dan sebagainya. Set ini telah ditempah oleh Cik Najla untuk anak-anak buahnya. Thanks!

Tuesday, February 8, 2011

Hantaran tunang/kahwin

Salam semua sekali lagi! Kali ni pulak CL nk tunjukkan contoh design/susunan untuk hantaran pertunangan atau perkahwinan yang telah ditempah.

Mana tau ada antara anda di luar sana yang berkira-kira untuk menjadikan CL sebagai salah satu daripada hantaran anda, bolehlah tengok2 idea yang ada ni ye.

Ini pun baru sebahagian yang ditempah. InsyaAllah esok CL tunjukkan lagi beberapa contoh hantaran yang boleh dijadikan panduan.

Thanks semua!

Custom Made Edible Print + Choco


Salam semua, kali ni CL nak perkenalkan selain daripada choco biasa yang kita selalu tengok dalam blog ni, CL juga ada satu lagi produk yang disukai ramai juga. Cuba tengok gambar kat sebelah kiri ni.

Anda boleh mixkan gambar anda atau gambar apa2 saja yang anda suka. Gambar tersebut akan diletakkan di atas sebiji penuh biskut Oreo, seperti dalam gambar yang atas sekali.

Gambar tengah ni pula ialah box of 35 yang diletakkan dengan 12 biji edible image dengan tambahan 'chocolate plate' yang boleh juga di customizekan untuk anda letak apa2 huruf.

Barisan gambar yang terakhir pula ialah contoh untuk susunan box of 12 dan box of 24 yang telah ditempah oleh pelanggan CL.

Untuk harganya pula, adalah berbeza-beza mengikut bilangan gambar yang anda mahu letakkan. Hubungi CL untuk mengetahui jumlah harga mengikut susunan edible image + choco pilihan anda ya.

Selamat berkreatif!


Thursday, February 3, 2011

Gong Xi Fa Cai


Salam semua,

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina pada yang menyambutnya dan selamat bercuti di kampung atau di mana-mana sahaja pada yang lain. Hati-hati di jalanraya. Semoga anda semua selamat pulang.
CL juga akan bercuti pada 2 hingga 8 Februari. Anda masih boleh membuat tempahan tetapi CL akan hanya kembali beroperasi dengan delivery atau pos tempahan-tempahan anda bermula 9 Februari. CL juga nak bagitau delivery yang pihak CL cover ialah di kawasan Serdang/Bangi/Kajang/Putrajaya sahaja dengan caj tambahan sebanyak RM5.

Terima kasih semua dan minta maaf kalau ada emailnya yang CL belum balas lagi. CL akan semak email2 anda semua dalam 2 hari ni dan akan reply secepat mungkin. Thanks