Tuesday, October 7, 2014

Salam Aidiladha.. pendapat anda please?

Assalammualaikum dan salam sejahtera Chocolazadians

Yes, saya tau sangaaaaat lama tak update blog ni. Sangaaaaaat berhabuk blog ni. Kulat pun dah bosan nak hinggap blog ni. Hehe

Selamat menyambut Aidiladha semua. Semoga pengorbanan yang kita lakukan hanya kerana Allah Ta'ala ye. 

Kalau boleh, saya nak dapatkan kata ramai tentang pembungkusan terbaru coklat praline Chocolazad. Sekarang ni saya menjualnya dalam ziploc bag dan jual di kolej 12, UPM. (Sesiapa yg duduk di kolej 12 atau duduk.berdekatan dgn kolej tu bolehlah dapatkan ia ye. Hehe). Saya nak jualnya melalui online pula. Soalan saya (jeng jeng jeng (lah sangat!)), sesuaikah saya menjualnya dalam ziploc bag itu juga, atau jualnya dalam mason jar? Jika dalam mason jar, adakah yang kaca atau plastik?




Contoh ziploc bag. Cantek woh!






Contoh plastic mason jar. Nak air teh sedap, bancuh dalam.ni ye. Hehe




Contoh glass mason jar. Sedap pulak nampak air ituuuu


Ini hanya demi keselesaan pelanggan pelanggan CL yang saya pasti mahukan kepuasan dlm rasa coklat dan juga pembungkusannya....betul kan? Hehe

Maka dgn ini, sudi sudikanlah berikan jawapan atau komen atau pendapat atau kritikan (membina lah ye hewhew) atau apa jua di ruangan komen entri ini.

Maklumbalas anda amaaaaaaaat saya hargai!

Muchos gracias Chocolazadians!

Wassalam